Khamis, 7 Februari 2013

He's Take My Lil Story On My Blog!

Assalamualaikum, dah lama tak buat entry kan? Banyak lagi benda yang aku kena fikirkan sampai terlupa nak upgrade cerita aku kat blog nih. STRAIGHT TO THE POINT COS I'M IN BAD MODD. First aku nak cerita, salah seorang member aku Mohd. Hafiq Bin Mohd. Amir telah kembali kerahmatullah pada 5 Januari 2013 hari sabtu lalu.. AL-FATIHAH. Semoga arwah tenang di sana AMINN:(

Second, aku sekarang tak banyak yang best, just biase2 je. Tak kerja, tapi bukan bermakna aku duduk rumah goyang kaki oke? But i'm study bout computer skills & office worker. That means, aku isi masa terluang aku ni dengan belajar dekat area pasir gudang sementara menunggu Result SPM yang aku dengar akan dikeluarkan pada 20 MARCH 2013. Tah lah, betul atau pun tak.

Third, about my title. Hum, aku ada jugak lah stalker dia punya fb.*I ADMIT IT! And you know what, he is took my story and he's posted at facebook. Tapi takpe lah i'm just nevermind bout it. Cos dalam story tu memang ada aku tulis pasal dia. K itu cerita lama.. 
Aku tak boleh bohong diri aku, kadang-kadang aku teringat memori aku dengan dia. Tapi apa kan daya, aku mahukan yang terbaik for my life. BYPASS IS BYPASS. So, aku redha! :') Sekarang aku hanya perlu berdoa supaya tiada halangan untuk orang mcm aku berjaya/bahagia dan aku harap dia pun boleh teruskan life dia tanpa ada nya sebarang halangan. 

Jodoh pertemuan ajal maut semua di tangan tuhan. Kita just merancang and tuhan yang menentukan segala-galanya. Aku harap juga yang dia tabah dan kuat dalam menempuh liku-liku kehidupan di luar ini. Biarkanlah kenangan masa lalu menjadi pengajaran buat aku dan dia agar tidak terulang kembali. Buat masa ini, aku hanya perlu fokus dalam mengejar cita-cita aku. 

Dan dikesempatan ini, Jika dia membaca blog aku, aku hanya ingin titipkan jutaan terima kasih kerana pernah menjadi sebahagian dalam hidup ku. Dan aku ingin memohon maaf seribu kali maaf kepada dia kerana tidak menunaikan janji-janji aku dahulu. Aku tahu aku tak patut berbuat begitu. Aku sedar aku salah dan aku hanya manusia yang lemah. Aku haruslah menunaikan kewajipan aku sebagai seorang anak agar menuruti segala kemahuan keluargaku. Dan aku ingin yang terbaik buat diriku sendiri agar mendapat keredhaan dari NYA. Aku juga adalah mangsa keadaan. Sekali lagi maafkan aku! :( 

Aku sangat-sangat menghargai segala apa yang pernah dia korbankan selama aku bersama dia sewaktu ketika dahulu, dia terlalu baik, tidak pernah jemu bersama aku, tidak pernah mengeluh dengan ku, memaafkan segala apa yang aku lakukan dibelakangnya, dan banyak lagi. Tetapi aku harus memilih keputusan untuk mengakhiri perhubungan itu. Hanya aku dan dia sahaja yang tahu mengapa aku berbuat demikian.

Sekali lagi aku memohon maaf kepadanya dengan segala keterlanjuran ku, jika aku terkasar bahasa, terlampau berbicara, halalkan segala makanan, pakaian yang telah dia berikan kepada aku dahulu. Aku ucapkan terima kasih kerana memahami keadaan aku dan aku amat terhutang budi kepadanya kerana dia banyak menolong aku susah dan senang. Pada entry aku ini, aku ingin nyatakan kepada dia bahawa Aku telah pun menghalalkan segala apa yang telah aku berikan kepadanya sewaktu aku bersama dia. Lupakan sejarah silam dan buka cerita baru masing-masing. Dan aku tidak akan putus-putus mendoakan agar dia menjadi lebih baik dari yang dahulu dan menemui seorang gadis yang lebih baik dari sebelumnya. Lagi sekali maafkan aku. :'( WASALAM.