Selasa, 13 September 2011

C I N T A E L Y S A .

Drama Lestary Cinta Elysa adalah mengisahkan tentang dilema yang dialami oleh Aril yang dilakonkan oleh Johan Ariff Asari (Botak Juvana), Aril terpaksa menjalankan tanggungjawab untuk menjaga ibu saudara dan sepupu-sepupunya yang begitu membenci dan memusuhinya. Ibu saudara Aril begitu sangat membencinya, lakonan oleh Zila Bakarin, manakala sepupu Aril pula adalah anak perempuan kepada Ibu Saudaranya iaitu Elysa lakonan Fasha Sandha.

Sebelum itu, bapa saudara Aril, Jasman pernah berpesan sebelum beliau meninggal dunia, dia ingin sekali agar Aril mahu menjaga dan memastikan keselamatan anak-anaknya terjaga sehingga mereka tamat pengajian. Aril ni pula merupakan seorang yang begitu nakal dan samseng, dia juga dianggap pemuda yang begitu bermasalah dan dibenci oleh ibu saudara dan sepupunya, walau bagaimanapun Aril yang dalam keadaan dia dibenci, dia terpaksa juga menjalankan tanggungjawab besar tersebut.

Walaupun Aril nie nampak agak jahat dan liar tetapi dalam diam dia menaruh hati dan mencintai sepupunya sendiri iaitu Elysa. Dalam pada itu suatu hari Aril di halau keluar rumah oleh ibu saudaranya, tapi Aril nekad untuk membawa Elysa bersama, Aril menjalankan kehidupan samseng bagi menyara dirinya dan Elysa, Elysa pula tidak suka dan tidak menyenangi sikap dan cara Aril yang mencari rezeki dengan cara tidak halal. Elysa berusaha untuk membantu Aril mencari pekerjaan, dan Aril pula sedia untuk menerima segala teguran dan nasihat dari Elysa demi cintanya.


 HAH , KORANG TENGOK LAA SAMPAI HABIS ! aku malas nak cerita panjang . K CHOW CHIN CHOW . Salamm :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan